#FRfoodReview - Just Seafood, Sunway Giza
Siapa pencinta seafood? yeahhh kita geng .. Kali ini abam ziaf nak share satu restoran yang sgt best untuk korang enjoy makan seafood tau, iaitu Just Seafood !! Restoran ini terletak di Sunway Giza Mall.. Tempat yang sangat selesa & sesuai untuk semua lapisan masyarakat..
Kalau korang nak tahu di Louisiana, USA mereka suka makan seafood dengan menghidangkan terus di atas meja & makan beramai ramai menggunakan tangan, jadi budaya itu telah di bawa ke Just Seafood juga tau.. Korang boleh enjoy seafood tanpa rasa kekok
Kalau korang makan di Just Seafood, korang boleh pilih sos, Abam ziaf memilih untuk cuba Original Cajun Sauce & Butter Cream Milk… (tapi korang juga boleh pilih Signature Curry & Golden Salted Egg juga.) Terdapat pelbagai pilihan SET yang korang boleh pilih, harga serendah RM65 sahaja tau.. Bagi abam ziaf yang tak makan pedas abam enjoy sungguh Original Cajun Sauce tu mmg pedas tapi berbaloi tau.. di tambah kemanisan & kelemakan butter cream milk memang layan sungguh!!
Abam Ziaf juga berpeluang untuk cuba Nelayan Platter , which is abam punya favorite tau! untuk hidangan ini korang akan dapat Ketam, Sotong, Udang, Baby Octopus, Clams, Mussel, cockles... Harga untuk Nelayan Platter ini untuk 2-3 pax RM105 tanpa Ketam: RM65 .. Sos yang di gunakan sangat unik tau spice & sweet... Memang akan bg kita moment sungguh mengembirakan!! Wajib ORDER juga tau!!
Ada juga yang unik untuk korang cuba iaitu ada Tiram tau.. kalau korang nak tahu Tiram nih di import dari USA .. Memang sedap sangat makan fresh mcm tu dengan sedikit perahan limau.. Untuk Tiram harga dia 1pc RM18 kalau korang amik 4pcs RM72 FREE 1pc... Mur mur kannnn
Abam ziaf juga berpeluang untuk cuba Kerang rebus yang besar sungguh & isi dia sangat sedap tau tambah pulak korang cicah dengan sambal hijau yang aummm!! utk kerang rebus hanya RM18 untuk 1/2kg... Memang patut korang cuba k
0 Comments