#FRforReview - BeFine memperkenalkan Nabila Razali -
Duta Jenama 2021
Hai korang!! Pernah dengar tak tentang BeFine?
BeFine merupakan minuman Yogurt Probiotic keluaran DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd,
iaitu pengeluar minuman bebas alkohol yang terkemuka di Jepun..
Minuman Yogurt Probiotic BeFine dikenali di pasaran sebagai satu-satunya minuman yogurt di Malaysia yang menggunakan Bifidobacterium, probiotik terbaik dan terbukti secara klinikal di Jepun yang melindungi tubuh kita daripada bakteria jahat, membantu melegakan masalah sembelit, memulihkan kesihatan usus, dan mengoptimumkan sistem pencernaan. Menggunakan R&D Jepun yang terkini dan maju, BeFine tidak mengandungi lemak, sifar kolesterol, tanpa pewarna tiruan dan tanpa pengawet tambahan yang memastikan pengguna Malaysia mendapat manfaat maksimum tertumpu kepada kesihatan usus dan tubuh badan.
Sesuai dinikmati oleh semua golongan umur dan juga ibu mengandung, minuman
Yogurt Probiotic BeFine amat disarankan untuk mereka yang mudah jatuh sakit seperti
selesema, demam atau ketidakselesaan perut serta keradangan kulit kerana Bifidobacterium
Probiotic Jepun dapat membantu dalam penghasilan sistem imun yang lebih
baik, mengurangkan risiko jangkitan kepada tubuh, meningkatkan
kesihatan usus, mencegah masalah alergi dan memperbaiki keadaan
kulit.
Dihasilkan di bawah garis panduan ketat serta amalan pembuatan yang
diiktiraf di peringkat antarabangsa, minuman Yogurt Probiotic BeFine dibuat daripada
bahan-bahan semula jadi dan berkualiti tinggi dan didatangkan dalam 5 perisa
unik; BeFine Plain Yogurt Drink, BeFine
Passion Fruit Yogurt Drink, BeFine Mulberry Yogurt Drink dan BeFine Strawberry Yogurt Drink. Perisa BeFine Kiwi Avocado Yogurt Drink yang dilancarkan baru-baru ini iaitu pada bulan Ogos 2020 telah menjadi perisa
terlaris daripada semua perisa dan menjadi pilahan utama di kalangan pengguna
Malaysia kerana rasanya yang menyegarkan dan unik.
Pelantikan
Nur Nabila Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai Nabila Razali sebagai duta
jenama minuman Yogurt Probiotic BeFine amat bersesuaian kerana
persona unik, ceria dan positif Nabila melambangkan jenama BeFine itu sendiri.
Sebagai seorang penyanyi dan pelakon, Nabila menempa nama di dalam industri
hiburan tanahair dengan mempertaruhkan barisan lagu yang menjadi siulan ramai
serta bakat lakonannya dalam pelbagai drama.
"Kami amat berbesar dan menyambut baik penglibatan Nabila Razali didalam keluarga BeFine. Saya amat gembira kerana Nabila melambangkan erti kata sebenar minuman Yogurt Probiotic BeFine iaitu bersifat simple, cantik, dan menitikberatkan kesihatan. Falsafah kami di DyDo adalah menghasilkan dan menyediakan minuman sihat yang memberi manfaat kepada pengguna; dan dengan BeFine, kami ingin memperkenalkan ia ke pasaran Malaysia sebagai produk pertama di pasaran yang menggunakan Bifidobacterium Probiotic Jepun dalam format sedia untuk diminum dan ianya amat menyenangkan."
kata En. Takeshi Suma, Ketua Pegawai Eksekutif DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd
Nabila Razali adalah seorang artis yang juga terkenal dengan gaya hidup aktif selain cintanya kepada dunia nyanyian dan lakonan. Sebagai selebriti yang berpengaruh, dia mempunyai kemampuan untuk mendidik dan mempengaruhi rakyat Malaysia untuk bersama mengikuti gaya hidup sihatnya. Sehubungan dengan itu, Nabila Razali akan mempromosikan kempen jerayawara 'Switch To BeFine' di mana pengguna boleh menukar sebarang jenama minuman yogurt mereka kepada minuman Yogurt Probiotic BeFine semasa berlangsungnya 50 kempen jerayawara yang diadakan di seluruh negara.
Objektif kempen ini adalah untuk lebih mendidik dan memberi maklumat
kepada pengguna mengenai kebaikan dan manfaat kesihatan Bifidobacterium Probiotic Jepun untuk usus mereka terutama semasa pandemik ini
di mana kita perlu memastikan bahawa kesihatan kita adalah pada tahap terbaik. Minuman Yogurt Probiotic BeFine didatangkan dalam dua
saiz - 200 dan 600 gram dan dijual di semua pasar raya besar, pasar raya dan
kedai serbaneka di seluruh negara.
Semua minuman DyDo diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan telah melalui kriteria penyelidikan yang berkualiti tinggi menggunakan teknologi canggih farmasi kumpulan DyDo iaitu DAIDO Pharmaceuticals Corporation (DAIDO Pharmaceuticals). DAIDO Pharmaceuticals mampu menghasilakn produk terkini seperti suplemen kecantikan dan minuman antioksidan untuk memenuhi trend semasa.
Senarai produk di bawah DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd:
● BeFine
● Yobick
● vida
Untuk info lanjut boleh check out:
Laman sesawang DyDo Drinco Malaysia Sdn Bhd: www.dydo.com.my
Laman Facebook rasmi BeFine: https://www.facebook.com/befinemalaysia/
Laman Instagram rasmi BeFine: @befinemalaysia
0 Comments