#FRforSharing - Resipi Berani MAGGI®️ kini kembali dengan Musim Ke 2

#FRforSharing - Resipi Berani MAGGI®️ kini kembali dengan Musim Ke 2
12 daripada 2000 Wanita berentap rebut gelaran Juara!


Hi guys! So baru baru ni bamziaf berpeluang untuk attend Viewing Party pagi program 
Resipi Berani MAGGI®️ Musim Ke-2 yang bertempat di Masak Masak Kitchen! 
Program ini di hostkan oleh idola semua wanita, Nana Mahazan 


Rancangan realiti Resipi Berani MAGGI®️ Musim Ke-2 ini telah memilih seramai 12 wanita hebat dari sejumlah 2000 peserta yang menyertai
Program mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®️!
Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI®️ & Google Malaysia!

3 orang Mentor MAGGI®️ terkenal iaitu Datin Paduka Eina Azman (Duta jenama MAGGI®️ CukupRasa), Sheila Rusly (Pengarah, Penerbit, Aktres & Pemilik The Dim Sum Place) & Anne Idris (Ikon Usahawan & Pemilik My Mum's Bakery) yang akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor ! Terdapat juga 4 orang Juri Jemputan iaitu Stacy Anam, Betty Rahmat, Aisya J & Chef Sherson Lian!


Resipi Berani MAGGI®️ Musim Ke-2 menjanjikan lebih banyak kejutan, peserta juga perlu menempuh cabaran & kriteria yang ditetapkan, termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga & Kemahiran Memasak.. Peserta juga perlu menyediakan hidangan istimewa masing masing & penciptaan semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik!

Juara bakal membawa pulang modal benih bernilai RM8,000 & turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama Ikon Usahawan, Anne Idris! Untuk memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos & strategi penjenamaan..Manakala tempat kedua & Ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000 !

MS. YASHASHRI VATVE, Consumer Marketing Manager, Nestle (Malaysia) Bhd


Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata,

“Kami teruja mempersembahkan musim kedua rancangan realiti ini untuk meningkatkan lagi kemahiran perniagaan dan memperkasakan lebih ramai wanita disamping menyediakan platform untuk mereka mencapai impian masing-masing. Saksikan bagaimana para peserta keluar dari zon selesa mereka, menempuh cabaran, membina keyakinan diri dan berkembang melalui bimbingan para Mentor MAGGI yang berpengalaman beserta barisan juri jemputan yang baharu!”
“Matlamat rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Kami berharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Kami telah menyaksikan perubahan ketara pada para pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain,” kata Geetha ketika mengulas perjalanan para peserta.

Geetha Balakrishna, Business Executive Officer of MAGGI, Nestlé (Malaysia) Berhad 

 

12 peserta yang berjaya memasuki peringkat Akhir Rancangan Resipi Berani MAGGI®️ Musim Ke-2 ialah Anastasia Maigi (Sabah), Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), 
Mellony Anak Stephen (Sarawak), Nazrina binti Zamani (Selangor), Noraslinda binti Rusli (Selangor), Norli binti Mohd Azmi (Selangor), Kentila A/P Veerayah (Selangor), Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah), Nurul 'Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), 
Nurul Hajar Ismail (Johor), Rozana Sari binti Roslan (Pahang) & Suzaimi binti Zahari (Terengganu)



Datin Paduka Eina Azman berkata,
"Saya telah menyaksikan sendiri perubahan hidup serta kisah-kisah kejayaan menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® dan saya turut berbesar hati menjadi Duta Jenama untuk MAGGI® Cukup Rasa. Saya gembira kerana program ini telah menyokong ramai wanita terutamanya sepanjang pandemik ini, dan akan terus memainkan peranannya dalam memperkasakan lebih ramai wanita untuk menjadi seorang usahawan wanita yang berjaya menerusi bimbingan, panduan dan latihan kemahiran yang efektif."


Jadi korang jom saksikan program Resipi Berani MAGGI®️ Musim Ke-2 yang akan memulakan siaran Episod 1 petang ini jam 4.30ptg di @tv3 ! Ia akan bersiaran setiap Jumaat selama 6 minggu! Siaran ulangan pada Sabtu, 11.30pagi! Korang juga boleh saksikan di MAGGI®️ YouTube channel bermula jam 5 petang hari yang sama!




#ResipiBeraniMaggi #WanitaCukupBeranim #TakKenalTakCinta #MaggiCukupRasa

Post a Comment

0 Comments