Hoorrey X Fest Raya bakal himpun
100 Usahawan Selebriti Popular
Sasar Acara 72 Jam Tanpa Henti
Hi guys!
Pastinya korang mcm bamziaf suka sgt shopping utk rasa last minit kan,
yalah sebab kadang2 busy dengan kerja & ibadah Puasa!
'tapi best if shopping last minit sbb macam promosi & diskaun yang kita boleh grab tau..
Jadi bagi memeriahkan lagi kerancakan festival membeli-belah sempena persediaan sambutan Syawal, buat julung kalinya Hoorrey X Fest Raya bakal dianjurkan dengan
menyaksikan penglibatan seramai 100 artis popular tanah air.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd,
Datuk Mohammad Alif Hakim, penganjuran Hooray X Fest Raya akan diadakan di
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada 19 hingga 21 April ini.
Mohammad Alif berkata, festival tersebut juga telah mendapat kerjasama penuh dari
Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner.
Menariknya, jelas Mohammad Alif, festival ini juga akan menyaksikan cubaan penganjur
untuk mengadakan sebuah acara membeli-belah terbesar dalam tempoh 65 jam tanpa henti.
“Matlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini adalah memberi peluang kepada rakan-rakan artis tempatan termasuk mana-mana peniaga lain untuk sama-sama berniagadi tapak yang telah kami sediakan."
“Umum tahu, saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan.Namun kami percaya, Hoorrey X Fest Raya juga mampu menarik ramai pengunjung danmemberi pilihan buat mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutamapersiapan menjelang hari raya nanti."
“Sebab itu, kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli- belah selama 65 jam tanpa henti buat pengunjung di festival ini yang mungkin mahu mencari keperluan raya di saat-saat akhir,” katanya.
Selain itu, ditanya mengenai sasaran menganjurkan festival yang akan berlangsung
selama 65 jam tanpa henti, kata Mohammad Alif, pihaknya tidak berhasrat untuk bersaing
dengan mana-mana pihak yang mungkin sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya.
“Tiada istilah mahu bersaing dengan mana-mana pihak. Kami cuma mahu memberi peluang
kepada para usahawan termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing
tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan.'
“Malah, dari satu perspektif lain, Hoorrey X Fest Raya juga akan menjadi medan pilihan
di mana pelanggan dan pengunjung dapat membeli-belah sakan sempena hari raya
di samping berpeluang merasai pelbagai acara menarik yang disediakan di sini."
“Saya melihat festival ini sebagai satu peluang dan platform untuk semua orang berniaga
bersama-sama kami di tapak dan kemudahan yang disediakan,”katanya.
Berkongsi lanjut, katanya Mohammad Alif lagi, dia juga gembira dengan sambutan
daripada rakan-rakan artis dan selebriti yang mahu berganding bahu menjayakan festival ini.
Antara rakan artis yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88,
Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida,
Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz dan ramai lagi.
Dalam pada itu, Mohammad Alif berkata, sempena penganjuran Hoorrey X Fest Raya ini juga,
pelbagai acara menarik turut akan diselitkan dan itu termasuk program Infaq Ramadan Hoorrey
yang berbentuk jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya
serta program sahur teramai di WTCKL.
“Ia juga menjadi antara acara yang paling ditunggu-tunggu kerana belum ada lagi program seumpamanya diadakan di tapak festival. Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai di WTCKL nanti."
“Ia juga akan menjadi satu daripada sasaran kami untuk tersenarai dalam
Malaysia Book of Records (MBOR).
Justeru, mana-mana syarikat, GLC, NGO, orang perseorangan yang ingin turut serta
menyumbang amat kami alu-alukan,” katanya.
Sehubungan itu, Mohammad Alif menyeru dan membuka peluang buat semua usahawan dan
peniaga yang berminat untuk bersama-sama menyertai dan memeriahkan lagi
Hoorrey X Fest Raya yang turut menawarkan sewa tapak pada harga terendah iaitu RM1,500.
Selain itu, Hoorrey X Fest Raya turut berbesar hati dan membuka peluang buat mana-mana
pihak yang mahu menjadi penaja bersama festival ini.
Untuk sebarang maklumat lanjut,
hubungi Boy (011-3573 3060), Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).
Jadi korang yang mana nak shopping utk Raya jangan lupa utk check out
Hoorrey X Fest Raya di WTC KL tau!
0 Comments