FRforReview | Fiesta Mexicana! Hidangan Citarasa Mexico di Marrybrown


Fiesta Mexicana! Hidangan Citarasa Mexico di Marrybrown

“HOLA!” MARRYBROWN MEMPERKENALKAN HIDANGAN MEMUKAU: FIESTA MEXICANA!
Marrybrown kembali dengan ‘sesuatu yang berbeza’ dengan citarasa istimewa Mexico.




Salam Guys!
 Anda sudah bersedia untuk mencuba hidangan terbaru? Mengangkat konsep hidangan khas Mexico, Marrybrown, restoran perkhidmatan pantas tempatan terbesar memperkenalkan menu terbaharunya: Fiesta Mexicana! Menu terbaharu ini disempurnakan dengan gabungan rasa manis, masam, dan segar yang pastinya akan memikat citarasa rakyat tempatan! Para pelanggan berpeluang menikmati hidangan istimewa ini bermula pada hari ini sehingga hujung bulan September!


Marrybrown sentiasa menyediakan ‘sesuatu yang berbeza’ untuk peminat Memang Best mereka. Keterujuaan kali ini, menawarkan pelbagai menu khas Mexico seperti Mexicana Chicken & Chips, Mexicana Chicken Wrap, Mexicana Feast, Nacho Cheesy Crunch dan banyak lagi.


“Untuk melengkapi pengalaman yang berbeza, Marrybrown sememangnya mengutamakan sajian 
yang unik dalam usahasama oleh Penyelidikan dan Pembangunan kami, yang menitikberatkan kepuasan pelanggan dalam menyajikan hidangan yang istimewa. Kami sedar bahawa anak-anak muda tempatan kini lebih berani mencuba citarasa yang berbeza. Oleh itu, kami yakin bahawa 
Fiesta Mexicana ini akan mendapat sambutan yang positif oleh masyarakat!” 
kata Dato’ Joshua, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.


Menu baharu ini menampilkan Mexicana Chicken & Chips, 
yang disajikan bersama dengan ayam rangup yang disalut bersama sos istimewa Mexicana yang manis dan pedas, berserta dengan kentang goreng. Harga hidangan ini bermula dari RM17.90. 

Untuk mereka yang mahukan hidangan ringkas, 
Kombo Mexicana Chicken Wrap boleh dijadikan pilihan. Kombo ni bermula pada harga dari RM18.90, disajikan bersama dengan kepingan ayam yang dihidangkan dengan Salsa Fresca dan 
sos istimewa Mexicana yang pasti menggiurkan!

Untuk penggemar ayam rangup, Marrybrown menawarkan Kombo 2-ketul Mexicana Chicken, 
harga bermula dari RM20.80. Setiap hidangan kombo didatangkan dengan 
segelas Fresca Fizz yang segar bersama hidangan sampingan Corn Chips dan Salsa Fresca. 

Mexicana Feast akan menjadi pilihan yang sempurna untuk dinikmati. Dilengkapi dengan 1-ketul Mexicana Chicken, Mexicana Chicken Wrap, Corn Chips, dan segelas Fresca Fizz. 
Harga tawaran hanya bermula dari RM25.80. 

Sempurnakan Mexicana Feast anda dengan Nacho Cheesy Crunch, harga bermula dari RM6.20, 
bersama hidangan tambahan Apple Pie, harga bermula dari RM3.50.

“Pelancaran menu Fiesta Mexicana oleh Marrybrown ini akan disusuli dengan pelbagai menu baharu yang akan diperkenalkan tidak lama lagi. Kami tidak sabar untuk menerima keterujaan para penggemar kami dalam menikmati keenakan hidangan terbaharu ini, sekaligus menjadikan hidangan khas Mexico ni akan menjadi menu keunggulan bagi mereka,” kata Dato’ Joshua.

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran 
di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi 
untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.


Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:


Post a Comment

0 Comments