Bufet Pertama di Hotel Royal Signature bertemakan Sajian Titian Desa

Bufet Pertama di Hotel Royal Signature bertemakan 
Sajian Titian Desa
Nikmati Selera Hidangan Sepanjang Zaman


Salam Korang!
Hotel Royal Signature merupakan nama terbaharu dalam industri hospitaliti di Kuala Lumpur
dengan julung kalinya menjemput anda untuk memeriahkan lagi suasana bufet makan malam eksklusif kami dan menikmati hidangan lazat yang bertemakan "Sajian Titian Desa"
Abadikan kenangan terindah ketika berbuka puasa bersama orang yang tersayang sambil 
menghayati keasyikan rasa santapan tradisional Malaysia.

Para tetamu yang hadir ke bufet makan malam ini akan dihidangkan dengan lebih 200 jenis juadah yang terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Suasana dimeriahkan lagi dengan aksi memasak secara langsung dengan yang dikendalikan oleh eksekutif chef, 
Chef Tony Tang bersama-sama pasukan kulinari beliau yang intipati hidangannya berinspirasikan 
desa daripada zaman kanak-kanak mereka.

Hidangan utama yang menjadi tarikan ramai adalah Kambing Golek yang mendapat sentuhan 
gaya masakan barat oleh Chef Tang yang berinovatif dalam mencetuskan resepi baharu daripada 
menu tradisional hidangan tersebut. Kari Kepala Ikan “Istimewa” Kedah juga merupakan 
antara hidangan yang mendapat sambutan ramai sebagai hidangan yang memberikan sentuhan klasik dalam bufet makan malam ini. Terdapat juga pelbagai tawaran menu lain yang menarik termasuk 
Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, dan Sate.

 

Para penggemar makanan laut juga tidak ketinggalan untuk turut menikmati pelbagai pilihan menu kegemaran mereka. Makanan laut segar “Seafood on Ice”, Ikan Siakap Bakar dan Sambal Petai Udang Karang merupakan antara hidangan yang disediakan khas. Bufet makan malam Sajian Titian Desa dilengkapi dengan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisi Malaysia, seperti Ais Kacang, 
aneka kuih-muih Melayu, chocolate fountain yang mengiurkan, dan juga beberapa pilihan lagi 
untuk menjamu para penggemar manisan.


“Walaupun kita seperti sudah terbiasa dengan hidangan tradisi Melayu yang dipermodenkan, rakyat Malaysia tetap sentiasa merindukan rasa asli masakan turun temurun. Maka, hidangan yang kami tampilkan dalam bufet makan malam Sajian Titian Desa ini adalah bercirikan resepi yang telah diturunkan dari generasi ke generasi sejak zaman tok nenek kita yang dahulunya mereka memasak secara tradisi sebelum terciptanya perkakas dapur yang canggih seperti sekarang”, 
kata Pengurus Besar Hotel Royal Signature, May Cheong @ Nurul.
Sambil menjamu selera dan berbuka puasa dengan bufet makan malam Sajian Titian Desa, 
tetamu juga dapat menikmati hiburan secara langsung pada setiap hari. Suasana majlis berbuka puasa dimeriahkan dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. Kemudahan surau juga ada disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang beragama Islam 
bagi menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak dengan selesa.


Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan, Hotel Royal Signature mengumumkan bahawa 
setiap satu penjualan bufet makan malam Sajian Titian Desa, sejumlah RM1.00 akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah sebagai 
inisiatif mereka dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat.


Bufet makan malam Sajian Titian Desa ini bertempat di restoran Asian Pot dan mula beroperasi 
pada 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam.
 Butiran harga adalah seperti berikut:

Dewasa: RM 178.00 bersih
Warga Emas (60 tahun ke atas): RM 128.00 bersih
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun): RM98.00 bersih

Diskaun 20% untuk pemegang kad RHB
Belian berkumpulan: Beli 10, Percuma 1

Bagi mereka yang merancang untuk menempah lebih awal, tawaran “Early Bird” tersedia bermula 
1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024, 
pada harga RM 128.00 bersih untuk setiap dewasa (harga asal RM178.00 bersih). 

Jika anda ingin membuat tempahan atau memerlukan maklumat dengan lebih lanjut, 
sila hubungi kami melalui e-mel di fb.secretary@hotelroyalsignature.com. 
Anda juga boleh menghubungi kami melalui panggilan telefon atau 
WhatsApp menerusi talian +60 16-808 3188.


PAKEJ BILIK PENGINAPAN TITIAN DESA RAMADAN

Hayati semangat Ramadan dengan Pakej Penginapan Titian Desa Ramadan eksklusif kami,
 khas untuk mereka yang ingin meraikan bulan yang mulia ini dengan berkumpul bersama keluarga. Harga pakej bilik kami bermula dari RM 488.00 bersih untuk setiap bilik pada kadar satu malam, 
pakej termasuk:

Bufet sarapan sahur
Bufet makan malam Sajian Titian Desa
Parkir percuma
Snek Ramadan dalam bilik

Nikmati diskaun 20% pembelian tambahan untuk buffet makan malam Sajian Titian Desa
Tempoh tempahan & penginapan: Sekarang – 5 April 2024


Tempahan pakej boleh dibuat melalui laman sesawang https://hotelroyalsignature.com dan
 gunakan kod akses FESTIVE. Jika anda memerlukan maklumat dengan lebih lanjut, 
sila hubungi kami melalui e-mel di reservation@hotelroyalsignature.com. 
Anda juga boleh menghubungi kami melalui panggilan telefon atau 
WhatsApp menerusi talian +60 16 809 5188.





Mengenai Hotel Royal Signature
Bertempat di pusat bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, layanan mewah oleh Hotel Royal Signature bertumpuan kepada servis hospitaliti yang mesra keluarga. Dengan 428 bilik tamu yang direka dengan teliti, hotel ini menggabungkan konsep kontemporari dan warisan tempatan. Hidangan kulinari di restoran Asian Pot, kafe Brew & Bond dan Cabana Pool Bar menawarkan pelbagai jenis hidangan untuk menjamu selera. Kemudahan di aras 4 termasuk kolam renang yang luas, pusat latihan kecergasan yang dibuka 24 jam dan juga pusat permainan kanak-kanak, Bintang Playhouse yang dilengkapi dengan bilik rangsangan pelbagai deria (multi-sensory room) pertama di Malaysia untuk perkembangan deria kanak-kanak. Sesuai untuk pelbagai jenis majlis, Hotel Royal Signature menawarkan ruangan majlis tanpa tiang yang mampu menampung bilangan tetamu sehingga 500 orang dan sesuai untuk pelbagai acara. Hotel Royal Signature berinisiatif dalam memperkasa aktiviti kelestarian alam dan amalan mesra alam dalam operasinya menerusi langkah-langkah seperti menggunakan penapis air minuman di dalam bilik, kemudahan bilik mandi terbiodegradasi, dan mempunyai kebun kecil bagi mendapatkan hasil masakan yang segar dari ladang ke meja (farm-to-table). Untuk maklumat lanjut, sila layari https://hotelroyalsignature.com/

Post a Comment

0 Comments