Saudi Travel Fair di IOI City Mall
Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan untuk hadir ke Saudi Travel Fair yang berlangsung di IOI City Mall Putrajaya dari 28 Ogos hingga 1 September, sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 67!
Korang jgn lepaskan peluang untuk dapatkan pelbagai tawaran ekslusif, hadiah menarik &
peluang menjelajahi Arab Saudi
Pameran ini menawarkan peluang untuk lebih mengenali sejarah, kepelbagaian budaya dan keindahan landskap bumi Arab Saudi melalui pertunjukan secara maya dan pameran berinteraktif.
Para pengunjung juga boleh terlibat dalam acara-acara kebudayaan seperti membuat Misbaha,
melawat stesen Zamzam serta menonton persembahan hebat artis kebudayaan Arab Saudi.
Terokai keindahan Arab Saudi
Jeddah
Jeddah merupakan Pusat kebudayaan Arab Saudi, gabungan lama dan baharu yang menakjubkan. Lawati Al-Balad salah sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO sambil melihat kemeriahan Corniche, dan singgahlah ke Al Alawi dan Souk Al Baghdadiyah yang sibuk dengan
pelbagai aktiviti menyeronokkan. Imbau kembali sejarah 1,400 tahun yang lalu dengan
melangkah masuk ke Masjid Al Shafei, masjid tertua di Jeddah. Untuk rasai keenakan
makanan tempatan, nikmati sajian lazat di AlSaedei Bakery, yang berusia 200 tahun dan
terkenal dengan roti gandum penuhnya yang menyelerakan.
Untuk melalui pengalaman kontemporari, kunjungi teamLab Borderless Museum, yang terulung di Timur Tengah. Selami dunia berinteraktif dan paparan seni digital yang canggih untuk rasai pengalaman hebat, sekali dalam seumur hidup anda.
AlUla
Dengan hanya memandu selama 3 jam setengah, anda akan tiba di AlUla daerah yang kaya
dengan sejarah dan keunikan dengan lebih 200,000 tahun tinggalan warisan.
Terokai Tapak Warisan Dunia UNESCO tersebut, dan jangan lupa singgah ke Maraya;
bangunan bercermin terbesar di dunia. Kunjungi keindahan alam semula jadi Elephant Rock,
dan alami pengalaman mendebarkan menyusuri gurun safari, dan nikmati kecantikan kem padang pasir bila tiba waktu malam. Menambah tarikan AlUla, di situ juga terletaknya dua Tempat Terhebat Dunia yang tersenarai dalam majalah TIME 2024: Dar Tantora The House Hotel dan Shaaran Nature Reserve, yang menawarkan tempat tinggal serta pengalaman menakjubkan untuk sesiapa sahaja yang mengunjunginya.
Riyadh
Riyadh, ibu negara Arab Saudi yang gemilang, pusat pelancongan untuk mereka yang mencari suasana kemewahan, hiburan dan sukan. Manjakan diri anda dengan pusat beli belah terkemuka di VIA Riyadh dan anda pasti terpegun melihat pelbagai keindahan sajian yang lazat dan eklektik. Sebagai sebuah hab permainan, Riyadh wajib dikunjungi oleh peminat tegar yang gemarkan pelbagai jenis permainan. Bagi yang teruja untuk tingkatkan adrenalin mereka, terapunglah di ketinggian 300 meter dalam Sky Bridge di Kingdom Centre dan saksikan pemandangan indah yang menakjubkan.
Taif
Taif, oasis pergunungan yang dingin dan menawan, adalah tempat terbaik untuk anda yang mahukan cabaran dan ketenangan. Terkenal dengan ladang bunga ros, di Taif anda boleh mendaki,
menunggang basikal dan bermain sukan air. Nikmati aktiviti bersama keluarga seperti berpiknik
di taman Alruddaf Park, memetik strawberi, dan menjelajah susur galur sejarah Taif di Al-Shareef Museum atau kunjungi Taif Rose Factory. Dengan pelbagai tempat menarik dan
cuaca yang mendamaikan, Taif menjanjikan percutian keluarga yang sempurna.
Khaybar
Hanya dua jam ke utara Madinah, Khaybar adalah tempat bersejarah yang sungguh menarik.
Terkenal dengan sejarah Peperangan Khaybar, daerah ini padat dengan warisan budaya dan sejarah dahulu kala. Terokai tapak arkeologi dan runtuhan purba untuk menggali kisah silam di rantau ini. Oasis yang subur, dikelilingi oleh landskap yang begitu dramatik sememangnya menjanjikan ketenangan sambil mempelajari warisan tradisional dan seni ketukangan tempatan.
15 Pakej Menarik dengan Tawaran Terbaik!
Terokai 15 pakej pengalaman destinasi baharu daripada 13 agensi pelancongan Umrah dan Ziarah terkemuka Malaysia, di mana setiap satu menawarkan tawaran eksklusif untuk pengalaman menakjubkan meneroka Arab Saudi. Promosi istimewa ini termasuklah:
Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (Ikhlas.com)
sedang memperkenalkan platform terbaharu mereka, khusus untuk
Pelancong Bebas (Free Independent Travelers-FITs), di mana mereka menyusun sendiri perjalanan mereka yang melangkaui kembara pengisian rohani. Nikmati diskaun istimewa sebanyak
RM1,067 serta dapatkan mata ganjaran 1,067 AirAsia Big Points.
Saudia memberikan tawaran beli satu tiket, dapatkan potongan 50% untuk tiket kedua.
In Saff Travel
membuka peluang untuk anda memenangi kereta, motosikal atau emas melalui cabutan bertuah
bila anda membeli sebuah pakej.
Rayhar Travel
menawarkan potongan RM500 untuk pakej kembara rohani dan ziarah ke 5 bandar Arab Saudi - Jeddah, Mekah, Taif, Madinah and AlUla.
Apple Vacations
memberikan diskaun untuk pelanggan awal sebanyak RM1,000 dan tambahan RM500
untuk setiap pelanggan.
Tabung Haji Travel Services (THTS)
menawarkan pemberian diskaun sehingga RM1,000.
Iman World
memberikan diskaun RM200 untuk pakej ke AlUla, Riyadh, dan Jeddah, termasuk
pakej F1 Jeddah baharu serta cabutan bertuah.
Pelancongan Fleksibel dengan ‘Beli Sekarang, Bayar Kemudian’
Mengimpikan pengembaraan merentasi Arab Saudi tapi risaukan kosnya?
Jangan bimbang! Banyak agensi pelancongan di Pameran Pelancongan Saudi menawarkan
pilihan Beli Sekarang, Bayar Kemudian, supaya anda boleh merancang percutian impian anda
tanpa rasa tertekan dengan kewangan. Nikmati pelan bayaran fleksibel kami dan
jadikan angan-angan anda satu kenyataan!
Jadikan Impian Anda ke Arab Saudi Suatu Realiti
Mengunjungi Arab Saudi kini lebih mudah, lancar dan selamat.
Dengan peningkatan 28% kekerapan penerbangan daripada tahun 2023 hingga 2024,
termasuk perjalanan baharu Air Asia dari Kuala Lumpur ke Madinah, dan perjalanan baharu
Syarikat Penerbangan Malaysia dari Johor Bahru ke Madinah – penerbangan terus ke Arab Saudi
yang pertama seumpamanya, selain dari melalui pintu utama yang berpusat di Terminal 1 KLIA (KUL), menjadikan perjalanan untuk ke Arab Saudi kini lebih mudah diakses.
Inisiatif Visa semakin berkembang baik dengan program eVIsa yang kini meliputi 66 buah negara. Rakyat Malaysia boleh menggunakan peluang menggunakan 96-jam Visa Persinggahan percuma
atau pilih untuk pengesahan eVisa, yang sah sehingga 90 hari.
Visa untuk perniagaan dan ibadah Umrah turut tersedia. Untuk meningkatkan akses dan
keterhubungan, kapasiti penerbangan juga telah meningkat di seluruh Air Asia X,
Syarikat Penerbangan Malaysia, Batik Air, dan SAUDIA, dengan penerbangan terus
ke Jeddah, Madinah, Taif, dan Dammam juga kini telah tersedia.
Untuk info lanjut mengenai Visit Saudi | WEBSITE
Untuk melihat imej Destinasi menarik Arab Saudi | Lihat Sini
0 Comments