RTSM Excursion Train tarikan terbaru KTMB

RTSM Excursion Train tarikan terbaru KTMB
KTMB Perkenalkan Excursion Train, Lanjutan Kempen Railway To See Malaysia
Edisi Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024


ktmb excursion train perak


Salam korang!
Bamziaf berkesempatan untuk experience Railway To See Malaysia (RTSM) Excursion Train
(edisi Promising Perak) yang diperkenalkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Perak 2024. Inisiatif ini adalah salah satu daripada kempen RTSM
yang telah dilancarkan pada Mei tahun ini bertujuan untuk mempromosikan KTMB sebagai
penggerak utama kepada industri Rail Tourism di Malaysia dan persediaan awal KTMB untuk merancakkan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026 akan datang.


Tren berkonsep persiaran (Excursion) ini diperkenalkan bagi mempromosikan KTMB sebagai pengangkutan utama berkonsepkan tren pelancongan di Malaysia yang menyasarkan lebih ramai pelancong domestik, asia dan juga antarabangsa menggunakan perkhidmatan tren KTMB. 


APA itu RTSM Excursion Train?

Tren ini merupakan tren konvensional menggunakan lokomotif diesel yang kini tidak lagi digunakan di laluan Utara. Jadi siapa yang menaiki RTSM Excursion Train sgt istimewa.
Tren ini turut dilengkapi dengan koc Chillax, koc Café selain dari koc tempat duduk yang ditawarkan.


Terdapat 2 Koc Kelas yang di tawarkan ;
Koc Kelas Pertama: RM74 Sehala (36 tempat duduk)
Koc Kelas Kedua: RM51 Sehala (240 tempat duduk)


Jadual Perjalanan Tren 


Pada 7 September, 5 Oktober, 26 Oktober dan 9 November 2024 
untuk perjalanan pada Hari Sabtu (KL Sentral ke Taiping)

Pada 8 September, 6 Oktober, 27 Oktober dan 10 November 2024 
untuk perjalanan pada hari Ahad (Taiping ke KL Sentral). 

Antara stesen perhentian adalah Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping. Tren ini akan berlepas pada jam 8.15 pagi dari Stesen KL Sentral dan akan tiba di Stesen Taiping pada jam 1.23 tengah hari.


Lokasi Menarik untuk dilawati di Perak
Antara tempat menarik korang boleh visit di Perak seperti ke 

Tasik Cermin

Hard Rock Ipoh

Concubine Lane


Lost World of Tambun Hot Spring

Escape Ipoh

Cara membeli Tiket
Korang boleh dapatkan tiket untuk RTSM Excursion Train melalui
1.Aplikasi KTMB Mobile (KITS)
2. Laman web Rasmi KTMB

Untuk info lanjut korang boleh check out Laman Web KTMB atau Hotline KTMB di 03-97791200

Post a Comment

0 Comments