HUAWEI Memperkenalkan MATEPAD PRO 12.2 & WATCH GT 5 | Inspirasi Fesyen & Kreativiti

Huawei Innovative Product Launch
Memperkenalkan MATEPAD PRO 12.2 & WATCH GT 5
Memperkenalkan produk yang menginspirasikan Fesyen & Kreativiti



Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan hadir ke Huawei Innovative Product Launch yang diadakan 
di Kuala Lumpur Convention Centre baru baru ini bagi memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu MATEPAD PRO 12.2 & WATCH GT 5


HUAWEI MATEPAD PRO 12.2

Bamziaf paling suka dengan HUAWEI MatePad Pro 12.2 yang terbaru ini!
Hadir dengan paparan 12.2-inci Tandem OLED PaperMatte , pastinya memudahkan kita buat kerja dengan skrin lebih luas & visual yang lebih jelas. Bamziaf suka bila ia ada HUAWEI Glide Keyboard juga yang ada fungsi 2 dalam 1 utk keyboard storage & charging design ia boleh 
charge HUAWEI M-Pencil (3rd Gen) bila tidak digunakan.


Korang tahu sekarang dalam HUAWEI GoPaint App sudah ada Local Batik Drawings tools tau, ini merupakan kerjasama dengan ASWARA

Bamziaf suka how ringan MatePad Pro 12.2 hanya 508 grams sahaja tau plus dia nipis ja hanya 5.5mm! Jadi if nak bawa pergi meeting or lepak cafe buat kerja memang sangat mudah & tak membebankan! plus desing dia sangat lawa terutamanya yang edisi Premium Gold.

 

Pre-Order Sekarang!

Pre-Order HUAWEI MatePad Pro 12.2 (RM4,599) sehingga 11 Oktober 2024
Pelanggan awal boleh menikmati hadiah percuma, termasuk Papan Kekunci HUAWEI Glide, M-Pencil (Generasi Ketiga) dan Tetikus Bluetooth HUAWEI, bernilai sehingga (RM1,847 )

Korang boleh Pre-Order di: HUAWEI Official


HUAWEI WATCH GT 5 SERIES

Tersedia dalam kedua-dua edisi WATCH GT 5 & WATCH GT 5 Pro, 
versi terbaharu siri HUAWEI WATCH GT ini bagus utk korang yang suka nampak style tapi mahu bersukan juga, sebab ia tampil dengan reka bentuk yang halus dengan gabungan aloi titanium gred aeroangkasa & seramik nanokristal. Jam korang akan tahan lama & lasak

HUAWEI WATCH GT 5 Series ini juga bukan sekadar menguruskan kecergasan malah kesihatan juga. Kini dilengkapi dengan Sistem TruSense HUAWEI baharu utk memantau kesihatan yang komprehensif, termasuk kadar denyutan jantung, SpO2, dan penjejakan tidur, serta pengesanan kitaran haid untuk pengguna wanita. Tambahan pula utk yang suka bermain Golf kini didatangkan dengan Mod Padang Gold untuk korang ketahui data permaian lebih terperinci di semua padang golf seluruh dunia.

Turut juga dilengkapi dengan HUAWEI Sunflower Positioning System yang pastinya berguna untuk korang yang suka Hiking & Running! Sistem ini mampu merekodkan laluan korang dengan lebih tepat. Jadi korang boleh navigasi semula agar tidak sesat dengan peningkatan ketepatan laluan sebanyak 40%, Ketepatan Jarak sebanyak 30% & Ketepatan Pace sebanyak 20%

Jam Tangan Pintar Huawei turut ada Emotional Wellbeing Assistant juga. Ia dapat memantau emosi pengguna secara berterusan dengan menganalisis isyarat fisiologi seperti kadar jantung & suhu kulit! Jadi dari algoritma ini, jam tangan pintar ini akan menyedarkan pengguna perubahan mood & emosi dengan interface Panda yang sangat comel. Jadi kita boleh mengawal utk mengubah mood ke yang lebih seimbang & baik.


Pre-Order Sekarang!

Korang dah boleh Pre-Order sehingga 4 Oktober 2024, 
HUAWEI WATCH GT 5 (bermula daripada RM1,099) - 41mm dan 46mm
HUAWEI WATCH GT 5 PRO (bermula daripada RM1,399) - 46mm dan 42mm
Keseluruhan siri WATCH GT 5 tersedia dalam 10 varian berbeza seperti
Black fluoroelastomer, Ceramic Body, Brown Composite dan banyak lagi. 

Korang boleh Pre-Order di: HUAWEI Official

HUAWEI WATCH ULTIMATE (Green Edition)

HUAWEI WATCH Ultimate ini Special Edition bagi peminat Golf. Bamziaf suka sebab dia vibe Alam design dia plus Green Edition memang sangat lawa & nampak extra Premium! Jam Tangan Pintar ini ada golf features yang lebih komprehensif, menyokong peta lebih 180 padang Golf utama di Seluruh Malaysia & Global tau! Korang boleh check out ukuran jarak yang tepat, kelajuan angin masa nyata dan data arah, dan Green Slope Compensation. Jadi korang yg main Golf boleh susus strategi 
based dengan data yang disediakan baru lebih mantap permain nanti. 
Paling Bamziaf suka sebab dia 100 meter Water Resistance tau


Pre-Order Sekarang!

HUAWEI WATCH ULTIMATE (Edisi Hijau) pada harga RM3,799. 
Pelanggan awal akan menikmati hadiah eksklusif, termasuk aksesori dan baucar bernilai sehingga RM1,258 di semua Kedai Pengalaman HUAWEI,

Korang boleh Pre-Order di: HUAWEI Official


Untuk info lanjut & promo terkini Huawei, boleh check out
HUAWEI Official


Post a Comment

0 Comments