Penyatuan Strategik: Public Bank Akan Ambil Alih Kepentingan Mengawal dalam LPI

Penyatuan Strategik: 
Public Bank Akan Ambil Alih Kepentingan Mengawal dalam LPI
dan Keluarga Teh Memperhalusi Kedudukan Ekuiti Mereka dalam Public Bank Berhad

Public Bank LPI Consolidated Teh Holdings Ekuiti Perjanjian

Salam Korang!
Bamziaf sempat menghadiri majlis oleh Public Bank Berhad (“Public Bank”) untuk menandatangani perjanjian jual beli bersyarat (“Perjanjian Jual Beli”) dengan Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow (“Estet”) dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd (“ConTeh”) pada 
10 Oktober 2024 untuk mengambil alih saham-saham biasa secara agregat sebanyak 
175,896,000 dalam LPI Capital Bhd (“LPI”), mewakili kira-kira 44.15% kepentingan ekuiti dalam LPI, untuk jumlah pertimbangan tunai sebanyak RM1.72 bilion (“Cadangan Pengambilalihan”).

Public Bank LPI Consolidated Teh Holdings Ekuiti Perjanjian
LPI, sebuah syarikat yang disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Malaysia, telah beroperasi selama 
lebih 60 tahun dan terlibat terutamanya dalam penajajaminan insurans am. LPI kini mempunyai 
21 buah cawangan di serata Malaysia, sebuah cawangan di Singapura dan turut beroperasi 
di Kemboja melalui sebuah syarikat bersekutu.


Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tay Ah Lek, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank
berkata, “Cadangan Pengambilalihan ini merupakan peluang strategik untuk Public Bank mengembangkan lagi segmen insurans amnya dalam pasaran di Malaysia melalui LPI. 
Ini membolehkan Public Bank untuk turut segera berada dalam pasaran insurans dan memperkukuhkan segmen insurans am di Malaysia sebagai perkhidmatan sampingan yang komprehensif bagi perkhidmatan kewangan dan Takaful Keluarga.

“Cadangan Pengambilalihan ini juga selari dengan rancangan Kumpulan untuk berkembang 
bukan hanya secara organik tetapi melalui pengambilalihan yang strategik untuk memperluaskan tawaran produk dan perkhidmatan kami seperti yang dibuat melalui pengambilalihan 
Public Bank Securities Vietnam Company Limited baru-baru ini, yang membolehkan 
Kumpulan mengembangkan tawaran perkhidmatan kewangannya di Vietnam 
menerusi perkhidmatan perdagangan sekuriti.”

“Pengambilalihan strategik Kumpulan LPI, sebuah syarikat insurans am terkemuka yang telah lama wujud di Malaysia, merupakan peluang jelas dan unik untuk kami memacu wawasan kami ke arah “Model Perbankan Universal” yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang komprehensif serta produk dan perkhidmatan berkaitan yang lain di bawah kumpulan yang sama.

Dengan rangkaian sedia ada kami iaitu lebih daripada 260 buah cawangan yang ditempatkan di seluruh negara, Kumpulan LPI boleh memanfaat dan memperluaskan saluran pemasaran serta mengembangkan perniagaan insurans amnya di Malaysia. Selain itu, kami juga boleh memanfaatkan rangkaian jualan dan pemasaran LPI, selain memberi perkhidmatan kami kepada klien dan pelanggan LPI.

Selain menawarkan produk dan perkhidmatan masing-masing, Public Bank dan LPI juga boleh meneroka peluang untuk membangunkan produk dan perkhidmatan bersepadu baharu, khusus untuk memenuhi keperluan kewangan dan insurans pelanggan kami.”

Memandangkan ini merupakan urus niaga pihak yang berkaitan, 
Cadangan Pengambilalihan ini tertakluk pada kelulusan para pemegang saham tidak berkepentingan Public Bank pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (“EGM”) yang akan diadakan kelak. 
Sekiranya Cadangan Pengambilalihan ini diluluskan di mesyuarat tersebut, Public Bank diwajibkan untuk memberi tawaran pengambilalihan mandatori (“MGO”) (“Cadangan Tawaran”) bagi 
kepentingan ekuiti selebihnya dalam LPI yang belum lagi dimiliki oleh Public Bank.

Public Bank telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia bagi Cadangan Pengambilalihan ini dan pelaksanaan korporat ini dijangka selesai pada 
suku pertama tahun 2025.

Sekiranya tiada halangan, Cadangan Pengambilalihan ini dijangka akan menjadi nilai tambah dan 
akan menyumbang secara positif kepada perolehan Kumpulan Public Bank pada masa hadapan.


Diona Teh Li Shian, anak perempuan bongsu mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow 
juga mengumumkan bahawa Estet and ConTeh berhasrat untuk membuat tawaran terhad bagi 
penjualan (“ROFS”) satu bahagian daripada Saham Public Bank, secara progresif dalam 
tempoh 5 tahun seiring dengan Akta Kewangan dan Perkhidmatan.


Diona Teh berkata
“Bapa saya sering memberitahu saya bahawa kejayaan Public Bank bukanlah kejayaan beliau secara individu – kejayaan itu dibina atas kepercayaan dan kesetiaan pemegang-pemegang saham serta komitmen berterusan kakitangannya, atau apa yang beliau panggil sebagai “keluarga korporat” beliau.”

“Sebagai menghormati legasi beliau dan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami yang tinggi, kami akan melaksanakan eksesais untuk mengagihkan sebahagian daripada saham Public Bank, 
pada harga diskaun, kepada semua kakitangan, pengarah dan pemegang saham Kumpulan Public Bank yang layak. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan Public Bank kekal dalam genggaman mereka 
yang sentiasa memastikan pertumbuhan dan kejayaannya, sejak dahulu lagi, sehingga 
membolehkan kami untuk terus membina legasi kami bersama.”

“Walaupun kami akan memperkemaskan kepentingan kami, saya mengambil peluang ini untuk menegaskan sekali lagi komitmen kami yang teguh dan tidak berbelah bahagi untuk kekal sebagai pemegang saham utama Public Bank. Ini bukan hanya peranan atau hak milik kami – 
ia merupakan penghormatan dan tanggungjawab yang akan kami pupuk dengan penuh kasih sayang. Kami akan terus menumpukan untuk meneruskan legasi bapa saya dan 
akan terus menerajui institusi terhormat ini.”

“Kami amat berterima kasih kepada Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan atas kepercayaan mereka terhadap kami melalui kelulusan yang diberi kepada kami untuk terus menerajui Public Bank. Dengan sokongan mereka, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menerajui 
Public Bank dengan bersemangat, berintegriti dan berwawasan yang telah meletakkan 
Public Bank pada kedudukannya sejauh ini.”
Rumusan:
1) Public Bank Berhad bercadang untuk mengambil alih 44.15% daripada 
kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Berhad

· 2)Estet Mendiang Tan Sri Dato’ Sri Dr. Teh Hong Piow dan Consolidated Teh Holdings Sdn Bhd 
akan memperkemaskan kedudukan ekuiti mereka dan kekal sebagai 
pemegang saham utama Public Bank

Post a Comment

0 Comments