Ultraman Arc kini di Malaysia untuk Ultra Heroes 2024 Tour

Ultraman Arc kini di Malaysia untuk Ultra Heroes 2024 Tour
‘TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES’ 2024


Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan hadir ke event Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024 yang sedang berlangsung di Central Town, Aras Bawah, Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur bermula dari 18 hingga 27 Oktober yang di buka Setiap Hari!


Kalau korang Peminat mahupun Pengumpul figura dari siri Ikonik Jepun, ULTRAMAN! Pastinya korang wajib datang & rasai sendiri pengalaman melihat figura ini secara LIVE di depan mata!
Ultra Heroes Edisi 2024 ini membawakan Ultra Hero mereka yang terbaru iaitu Ultraman Arc
Bamziaf excited nak lihat sendiri patungnya yang diukir berdasarkan S.H.Figuarts bersaiz manusia ini iaitu setinggi 2 Meter tau serta ada juga Ultraman Blazar 


Bamziaf setiap tahun menantikan persembahan secara LIVE Ultraman beraksi dengan Raksasa tapi tahun ini Bamziaf sangat happy sebab bukan hanya ada satu Ultraman tapi ada 2 Ultraman, 

 

Ultraman Arc & Ultraman Zero dengan ada extra Armor tau berlawan bersama 
Ultraman Belial & Bemzeed! Korang boleh saksikan bagaimana Ultraman beraksi 
menumpaskan raksasa selama 20 minit tau!

 
Persembahan Pertama bakal diadakan pada 19 Oktober, 1 petang tapi jika korang terlepas boleh lihat persembahan ulangan pada hujung minggu iaitu, 19,20,26 & 27 Oktober pada jam 1pm, 3.30pm & 6pm


Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan figura Ultraman Arc di S.H.Figuarts! Ultraman ARC yang direka di bawah pengawasan rapi LSS(Jabatan Pengarcaan Tshuburaya Productions).
Kalau korang tengok secara dekat figura yang ada ciri ciri seperti dada pejal berotot dan bentuk bahu dibentuk dengan tepat seperti dalam filem plus ada Pedang Khas, "Arc Eye Sword"


Tamashii Spot Pop Up by Tamashii Nations

 

Bamziaf setiap Tahun excited menanti Ultra Heroes Tour untuk check out koleksi 
figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations! Kalau korang nak tahu Tamashii Nations pastinya akan keluarkan Ekslusif Collection untuk pengumpul setia Anime. 

Untuk Edisi 2024 ini, figura eksklusif , S.H.Figuarts Ultraman Belial - Clear Color ver.! Selain ini terdapat juga S.H.Figuarts Ultraman Zero - Clear Color ver., S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN), dan 
S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)
 

Bamziaf juga sempat check out figura eksklusif sempena Ulang Tahun CHOGOKIN ke 50 iaitu METAL ROBOT SPIRITS WING GUNDAM ZERO
METAL BUILD EVANGELION TEST TYPE-01


Jadi if korang datang ke Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024 sangat bertuah sebab boleh dapat figura berkualiti tinggi di sini terus, sebab kalau korang nak tahu figura ini hanya boleh di dapati di Gedung Tamashii Nation & Tamashii Spot.


 

Selain figura S.H.Figuarts siri Ultraman terdapat juga figura dari siri ‘DRAGONBALL’, 
‘ONE PIECE’, ‘NARUTO’, ‘DEMON SLAYER: KIMETSU NO YAIBA’ dan ‘KAIJU NO.8’


 

Sesi Ramah Mesra pula akan diadakan sejurus selepas setiap persembahan tamat. Perbelanjaan sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts Ultraman Arc, akan melayakkan anda mendapat tiket Ramah Mesra untuk bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero untuk merakam gambar kenangan dengan hero kesayangan anda! Bagaimanapun, tiket adalah terhad dan diberi berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’. 

Jadi korang jangan lepaskan peluang untuk check out Tamashii Spot Pop Up X Ultra Heroes 2024

Lokasi: Central Town, Aras Bawah, MyTOWN, KL
Tarikh: 18 – 27 Oktober 2024 | Buka Setiap Hari
Masa: 10 pagi – 10 malam
(*18 Okt dibuka dari jam 12 tengah hari sahaja. Tertakluk kepada perubahan)

@ziaf.mihar 📌✒Ultraman Arc | Ultra Heroes Tour . Salam korang! Ultra Heroes Tour kini kembali di @Goosey !ada Penampilan pertama kalinya Ultra Hero terbaru Ultraman Arc! . Korang kena check out sebab ada pertarungan secara LIVE antara Ultraman & Raksasa selama 20 minit utk korang saksikan! Pastinya lebih banyak aksi & lakonan yang hebat! . Boleh juga selfie bersama patung Ultraman Arc & Blazar setinggi 2 meter ini. Utk edisi tahun ini Tamashii Spot Pop Up ada pelbagai figura yang eksklusif khas utk Ultra Heroes Tour! . Bukan itu saja korang boleh check out pameran figura terbaru dari Tamashii Nations & figura Eksklusif Tamashii Spot seperti DragonBall, One Piece Naruto & banyak lagi plus boleh Ramah Mesra dengan Ultraman dengan pembelian RM200 ke atas ja! . Jadikan korang jgn lepaskan peluang utk check out TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 dari 18 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Beli-Belah MyTown, Kuala Lumpur . #Tamashiispotpopup2024 #Ultraheroes2024 #UltramanArc #TamashiiNations #Ultraman #Japan #fyp #lfl ♬ Lagu Untuk Kamu (DJ Egin G Remix) - Alyssa Dezek


Post a Comment

0 Comments