Choco Albab kini sudah 3 Tahun terus berkembang & memperkasa Ekonomi Tempatan
Salam Korang!
Bamziaf hadir ke majlis sambutan ulangtahun ke 3 Choco Albab iaitu jenama tempatan yang
semakin mendapat perhatian kini mengorak langkah dalam menjadikannya muncul sebagai
jenama produk berasaskan coklat nombor satu di Malaysia.
Majlis yang bertemakan Beyond the Star di Bangi Avenue Convention Centre
Choco Albab yang berpegang teguh pada prinsip 'Sokong, Beli Barangan Tempatan' mempunyai beberapa visi dan misi dalam membantu mempertingkatkan ekonomi rakyat dan juga negara
Pengasas Choco Albab & Ketua Pegawai Eksekutif Saudagaar Asia Sdn Bh,
Said Saiful Fazli Said Aluwi berkata,
MISI: Choco Albab adalah untuk mengubah persepsi bahawa produk coklat premium hanya datang daripada luar negara, sekali gus membuktikan kehebatan produk tempatan.
VISI: Choco Albab pula adalah dapat membawa limpahan ekonomi bukan saja kepada syarikat
tetapi negara dan masyarakat.
Syarikat telah merancang untuk melaksanakan beberapa inisiatif baru yang dapat mengukuhkan lagi jenama Choco Albab iaitu dengan membuka kemudahan baharu yang mempunyai kapasiti pengeluaran berskala besar dan dilengkapi teknologi terkini. Langkah itu adalah bagi memastikan syarikat bersedia dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
“Kemudahan pengeluaran baharu ini dirancang akan beroperasi pada 2025 dengan barisan pengeluaran yang lebih berskala besar. Ia dijangka akan dapat menampung permintaan produk Choco Albab
yang kini mempunyai sekitar 21 SKU. 2025 juga akan menjadi tahun kebangkitan kepada syarikat dengan pelbagai perancangan produk baharu,” katanya
Said Saiful berkata,
"Kemudahan baharu itu juga dapat menyokong langkah syarikat dalam memasarkan produk
Choco Albab ke pasaran luar negara. Beliau berkata, langkah meningkatkan eksport produk
Choco Albab dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Dengan strategi ini, Choco Albab yakin dapat membawa nama Malaysia
ke persada dunia melalui produk coklat berkualiti tinggi. Malah kesedaran pengguna yang semakin cenderung menyokong produk Halal telah memberi impak positif kepada Choco Albab.
Gelombang boikot terhadap produk import di beberapa negara bukan sahaja meningkatkan jualan tetapi juga menonjolkan potensi besar. Choco Albab bukan sahaja jenama coklat,
tetapi juga simbol kebanggaan tempatan.
Dengan fokus kepada pembangunan komuniti, inovasi produk, dan pengembangan pasaran,
Choco Albab berhasrat untuk menjadi peneraju dalam industri coklat Malaysia dan pesaing utama
di peringkat global,” katanya.
Peluang perniagaan bersama Choco Albab
Selain menghasilkan produk berkualiti, Choco Albab juga memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi komuniti dengan membuka peluang pekerjaan menerusi sistem jualan berasaskan ejen.
Sistem ini memberikan platform untuk menjana pendapatan tambahan,
terutamanya bagi golongan muda, wanita, dan suri rumah.
Sistem ejen antara saluran penting untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan pendapatan tambahan, terutamanya dalam keadaan ekonomi semasa.
“Kami percaya pendekatan ini adalah pelengkap kepada ekonomi gig dan dapat memberikan peluang kepada golongan muda serta wanita untuk meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya.
Produk terbaru dari Choco Albab
Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk terus memenuhi permintaan pengguna dan
menyumbang kepada ekonomi negara, Choco Albab turut memperkenalkan produk baharu,
Choco Albab Hazelnut Spread, yang disasarkan menjadi pilihan utama penggemar coklat tempatan.
Choco Albab yang berpegang teguh pada prinsip 'Sokong, Beli Barangan Tempatan'
dengan menyediakan produk coklat berkualiti tinggi yang setanding dengan jenama import.
“Kami bertekad untuk terus mencipta produk berkualiti, memberi peluang kepada komuniti tempatan, dan membawa jenama Choco Albab menjadi jenama coklat nombor satu di Malaysia,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai Choco Albab atau program keagenan,
boleh layari https://chocoalbab.asia/.
0 Comments