Persembahan Ballet Nights dari London menampilkan
Duta Kecil dari Malaysia
Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang, Sophia Ong
Salam Korang!
Bamziaf berkesempatan hadir ke Press Conference Ballet Nights Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur pada 22 Februari 2025.
Ballet Nights juga telah mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong,14 tahun,
akan turut menyertai barisan penari dalam persembahan Ballet Nights Kuala Lumpur.
Sophia dipilih daripada sesi uji bakat yang diadakan baru-baru ini di Universiti Taylor’s.
Lebih 40 penari berbakat daripada 19 sekolah tarian telah menyertai uji bakat
Ballet Nights Young Ambassador Program bagi merebut penghormatan berprestij ini.
Penari muda dari Sri Wilayah Ballet Centre ini, yang juga pemenang pingat Emas Asian Grand Prix KualaLumpur 2022 & 2023, telah memukau dengan kebolehannya menggabungkan elemen tradisional dan moden, dan gaya tarian yang penuh ekspresi.
Berbekalkan bakat dan minat mendalam terhadap seni tari, Sophia menyerlah sebagai pilihan terbaik untuk program ini, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penari generasi muda Malaysia.
“Kami percaya bimbingan dan pendedahan yang bakal diberikan mampu membuka peluang, memberi impak positif, dan membentuk generasi baharu bakat tarian, sambil mentakrifkan
semula pengalaman balet di peringkat global.,”
kata Maria Sascha, Pengarah Pembangunan Artistik Asia Tenggara Ballet Nights.
Maria Sascha turut memperkenalkan barisan bintang Ballet Nights Kuala Lumpur, termasuk
Musa Motha, pemenang Golden Buzzer dari America’s Got Talent dan
Britain’s Got Talent yang berasal dari Afrika Selatan. Musa juga memenangi Critics' Circle UK National Dance Award 2023 sebagai Artis Baru Terbaik menerusi persembahannya dalam
Peaky Blinders oleh Rambert.
“Ballet Nights KL juga menampilkan Constance Devernay-Laurence, bintang siri Netflix
yang bakal ditayangkan berjudul 'Etoile', dan pemenang Critics' Circle UK National Dance Award 2023 untuk Persembahan Klasik Wanita Terbaik menerusi peranannya sebagai Swanilda
dalam 'Coppelia' (Scottish Ballet); serta Jordan James Bridge, calon Artis Baru Critics' Circle UK National Dance Award yang namanya semakin meningkat sebagai seorang koreografer yang telah berkarya untuk English National Ballet. Kami turut teruja dengan kehadiran Mara Galeazzi,
ikon The Royal Ballet, yang akan menyertai barisan persembahan nanti.” tambahnya.
Ballet Nights juga akan mengumumkan sebuah kerjasama yang dengan sebuah Organisasi Pemuliharaan terkenal di peringkat global, dalam masa yang terdekat ini. Nantikan butiran lanjut.
Tiket boleh didapati di ticket2U.com.my, dengan harga bermula dari RM199.00. Pemegang kad CIMB Bank akan menikmati diskaun 20% untuk semua kategori tiket (*T&S tertakluk).
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan produksi balet antarabangsa yang pertama kalinya dihoskan secara unik. Ballet Nights adalah sebuah produksi bertaraf antarabangsa yang menggabungkan balet klasik, neo-klasik, dan kontemporari - membawakan pengalaman yang
imersif yang tentunya sukar untuk dilupakan oleh para penonton.
Ballet Nights Kuala Lumpur dibawakan dengan kerjasama British Council,
British Malaysian Chamber of Commerce, Malaysia British Society, Melbourne Capital Group,
World Trade Centre Kuala Lumpur, HOMME, dan CIMB Bank.
Untuk maklumat lanjut Ballet Nights KL, layari www.balletnights.com/malaysia
atau ikuti mereka di Instagram @InternationalBalletPLT
#balletnightskl #balletnights #britishcouncil
0 Comments